Call us:
KL : 1-700-81-7529
Johor Bahru : (07) 2448 558
Ipoh : (05) 5480 929
Penang : (04) 240 2037
Seremban : (06) 7633 929
Melaka : (06) 3175 939

Masalah Anai-Anai

Anai-anai boleh menyerang rumah anda tanpa amaran. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Di Malaysia, jumlah kerosakan akibat infestasi anai-anai mencecah lebih kurang RM40 juta setiap tahun. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak. Selain daripada kerosakan struktur bangunan dan perabot, masalah anai-anai juga akan menyebabkan kecederaan ataupun kematian, sekiranya bumbung rumah runtuh akibat serangan anai-anai yang serius. Tahukah anda bahawa kerosakan rumah akibat infestasi anai-anai adalah lebih biasa berbanding dengan banjir dan kebakaran. Ini adalah kerana persekitaran tropika dan kelembapan tinggi di negara kita mengalakkan penambahan populasi koloni anai-anai. Dan kerosakan akibat anai-anai ini adalah tidak dilindungi oleh insurans rumah. Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan pemeriksaan dan sebut harga yang percuma!
Cara Rawatan Racun Anai-anai (Liquid Termiticide)

--Rawatan cecair kimia (Termiticide) merupakan satu-satunya rawatan anai-anai yang memerlukan penggerudian pada konkrit, jubin mahupun pada tanah yang keras.

--Apabila pekerja anai-anai tersentuh lapisan racun pada masa mencari makanan, mereka akan terdedah kepada racun. Racun ini boleh dimakan dan dilekat di badan-badan mereka. Pekerja anai-anai yang terjejas boleh menyebar racun ke anai-anai yang berada di koloni melalui sentuhan fizikal.

--Idea bagi rawatan ini adalah menyediakan lapisan kimia antara anai-anai yang berada dibawah tanah dan struktur bangunan

Cara Rawatan Pengumpanan Anai-Anai (Bait System)

--Sistem Umpan Anai-Anai memanipulasi biologi dan tabiat pemakanan anai-anai dengan memperkenalkan racun kepada sarang anai-anai.

--Anai-anai yang telah memakan umpan tersebut akan bawa ia balik untuk diberi kepada keseluruhan koloni, termasuk permaisurinya.

--Bahan aktif yang bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator, IGR). akan mencacatkan mereka sewaktu dan selepas mereka melalui proses penyalinan kulit.

--Permaisuri anai-anai akan mati apabila tiada lagi anai-anai lain yang memberikan makan, ini mengakibatkan eliminasi yang lengkap kepada koloni anai-anai.

Cara Pemantauan Anai-anai (Bait Monitor System)

--Stesen pemantauan anai-anai dipasang bagi tujuan pengawasan anai-anai di rumah kediaman anda.

--Stesen tersebut bertindak dengan memantau activiti anai-anai di bawah tanah.

1-700-81-7529

Skill Termite Exterminator Sdn Bhd
Company Information | Contact Us